IBADAH QURBAN & FAMILY DAY (KAS)



Pada 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H (Sabtu) Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban & Hari Keluarga di Tapak Rekreasi Pantai Punggur, Rengit, Batu Pahat. Bermula jam 8.00 Pagi - 2.00 Petang. Seramai 300 ahli bersama keluarga masing2 yg menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yg julung kalinya di adakan ini. (Mendapat liputan dari akhbar Sinar).


Sekilas info yg ingin dikongsikan bersama berkenaan Ibadah Qurban.
1) Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.


2) Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.


3) Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan (Qibasy).


4) Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
1) Membaca Basmallah atau takbir
2) Selawat kepada nabi
3) Menyembelih pada waktu siang.
4) Memilih binatang yang gemuk dan sihat.
5) Disembelih oleh orang yang berqurban.
6) Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.
7) Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
8) Menggunakan alat sembelih yang tajam

Hikmah-hikmah Qurban
1) Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2) Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3) Tanda kesyukuran di atas nikmat pem berian Allah.
4) Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5) Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6) Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban.
7) Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam





Pelbagai aktiviti menarik diadakan di majlis ini.. kita ikuti rentetan dr lensa jurukamera amatur KIAS...




Di meja pendaftaran utk mendapatkan kupon daging & Cabutan Bertuah.


























Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan










Aktiviti melapah daging mendapat kerjasama dari penduduk kampung.













Rewang2.... sudah tentu dr kaum Hawa...dengan angin sepoi2 bahasa dr tepian laut...Nyamannya...

























Dalam cuaca yg cerah dan panas, pastinya Pondok Cendol mendapat sambutan yg menghangatkan....




Acara tarik tali kategori kanak2... Tarik dik... tarik..

Dalam keseronokan ada insiden yg tidak disangka terjadi, salah seorang
peserta tarik tali kakinya telah terkena sesuatu yg tajam. Sapu minyak but-but
insyaAllah akan reda kesakitannya.





Acara tarik tali utk kategori lelaki dewasa. Seronok la tu da menang... boleh laa geng dia beso2..











Acara memasukkan benang dalam jarum.. gigil tangan nk masukkan tu... nampak jer senang...




Tekunnyeeee....peserta yg mengambil bahagian utk menyulam. Kemenangan berpihak kpd..... DRUM please.... PJS Maslizar.... pewwwwitttt..










Ye.....saat yg ditunggu2.. nk dpt hadiah nie... nie la dia wajah2 ceria bg pemenang kategori masing2.
TAHNIAH!!!... yg x berape nk menang tahun depan tingkatkan usaha.. maybe turn u all la plak kn...






 Generasi pelapis yg sedang memartabatkan Produk Halal di mata dunia...

Alhamdulillah majlis ini berlangsung lancar dgn izin Allah. Akhir kata dari lidah pengarang semoga usaha murni sebegini akan ada kesinambungannya di masa hadapan.

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."




Category: 1 comments

BEKAM - Perawatan Alternatif HPA


FAKTA:

1) Bekam adalah teknik mengeluarkan sesuatu (darah atau tanpa darah) melalui permukaan kulit yang mengandungi keracunan (toksid) dalam tubuh badan.

2) Ia merupakan suatu amalan perubatan Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit dan mengekalkan kesihatan atau mencegah penyakit.

3) Ini adalah salah satu cara DETOKSIFIKASI (Proses pengeluaran Toksid/racun)
yg sesuai dan selamat bagi manusia.


4) Bekam adalah satu kaedah yg sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan
dan memulihkan sistem imuniti tubuh.

5) Dengan berbekam dapat membersihkan darah yg mengalir dalam tubuh manusia.

6) Sebenarnya bekam adalah satu teknik yg boleh membangkitkan saraf2 yg tidak
aktif atau lemah yg b
erhubung terus pada sistem tubuh. Dengan cara ini, sistem
dalam tubuh dan imuniti kita akan dikembalikan.


7) TOKSID ~ adalah endapan atau pengumpulan kotoran di dalam kapilari darah
atau tisu yg tidak boleh diurai dan disingkirkan secara normal oleh tubuh.


Perawat (Pn.Nuur) mencari titik bekam iaitu di kedua urat leher pesakit









Kaedah rawatan untuk meredakan tekanan darah tinggi dgn segera iaitu mengeluarkan darah di tengah2 (atas) bahagian telinga dan juga dari ibu jari (tangan).






Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.



WAKTU BILA BAIK UNTUK BERBEKAM??
WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM (SILA AMBIL PERHATIAN!!!)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, "BARANGSIAPA BERBEKAM PADA TANGGAL 17,19 & 21 BULAN HIJRIAH MAKA ITU ADALAH HARI-HARI YANG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT!">>> afdhal bila berbekam pada tarikh tersebut di bulan Islam.

Tetapi bila terdapat pengubatan yang dalam keadaan terdesak dan hanya dengan cara ini yang boleh dilakukan yakni dengan BERBEKAM maka ia tetap bermanfaat walau diawal bulan mahupun akhir bulan.

Menurut Ibnu Sina pulak didalam kitabnya bahawa saat yang baik untuk berbekam ialah pada pukul 2-3petang (lebih afdhal selepas solat zuhur) kerana darah pada saat itu sedang mengembang dan darah-darah kotor/toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan 1/2jam badan diwapkan/sauna, bertanggas, diurut dan selepas rehat 15minit kemudian barulah boleh dibekam. 
 
Larangan Berbekam
Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.


TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS BERBEKAM
1. Makan berat; contoh makan nasi boleh, tapi selepas 3 jam berbekam, makan ringan macam teh suam dan karipap tu oklah.

2. Mandi; selepas 3 jam berbekam barulah boleh mandi, boleh berwuduk dan bersolat kerana darah kotor takkan keluar, dan tempat yang dibekam tidak pedih, Insya Allah

3. Menghindari makanan terlalu masin, pedas dan masam

4. Berjimak - ditakuti teramat letih, nak bersama pun dinasihatkan  selepas
tiga hari berbekam..


Category: 0 comments

Iktibar

Ya Rasulullah,
Wahai Kekasih Allah,
Sungguh tinggi budi pekerti,

Sungguh indah tutur katamu,
Engkau berjuang demi menegakkan agama Allah,
Engkau berkorban segalanya demi umatmu,

Sehingga akhir hayatmu...
Engkau masih memikirkan tentang umatmu,
ummatii...ummatii... ummatii...
Timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku...
JGN kepada umatku...
Begitu kasih & sayangnya Rasulullah kepada kita...

Allah berfirman maksudnya....
Kuharamkan syurga bagi siapa saja,
Kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya...
Begitu istimewa kami umatmu...Ya Rasulullah...
Kami bersyukur Ya Rasulullah...

Didalam pujian ucapan selawat...
Tanda penghargaan seorang umat...
Moga di dunia mendapat berkat....
Di akhirat sana beroleh syafaat....

Di manakah kita nanti????
Sebagai renungan & peringatan bersama....

Category: 0 comments

Kursus Pra Herbalis

Pada 31 Oktober yg lalu Kelab Pemimpin Selatan telah menganjurkan satu program Kursus Pra Herbalis bertempat di Dewan Nuruddin Fahmey,Kluang Johor. Kehadiran peserta seramai 250 orang telah memenuhi ruang di dalam dewan, menunjukkan semangat untuk menimba ilmu perawatan berasaskan perubatan jawi begitu berkobar-kobar. Rombongan dr KIAS seramai 30 orang mengikuti program ini.

HERBALIS:-
a) Mencari
keberkatan dari Allah dan membantu pesakit.
b) Merahsiakan masalah pesakit.
c) Melaksanakan apa yg Rasulullah s.a.w. telah lakukan dalam merawat penyakit.
d) Menghebahkan perawatan adalah tanggun
gjawab bersama - Ilmu Allah itu luas.
e) Merawat kena sabar. JGN memaksa. JGN PUTUS ASA.
f) Berlapik Ucapan... Kesembuhan hanya daripada Allah s.w.t.


Saksikan wajah2 ceria sekitar kursus ini berlangsung..taaaaraaaa.....

Pengerusi Majlis - Herbalis PJS Rahim b Muntawil

Perasmian Kursus Pra Herbalis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Presiden KPS PJS Siti Habibah Bt Yusof.

Modul pertama telah disampaikan oleh Herbalis PJ Azmely b Hj Yaakob.Dengan Slot Kecekapan Diagnos dan Ketepatan Herba.


Modul seterusnya telah disampaikan oleh Herbalis PJ Us. Abd Hadi b Mohd Isa. Beliau menyampaikan Slot Herbalogi dan Asas Perawatan Berasaskan Perubatan Jawi.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
DELEGASI KIAS

















Semoga menjadi Herbalis yg berhemah.... TAHNIAH!!!


~ SLOGAN HERBALIS ~

GENGGAM...BARA...
GENGGAM...BARA...
KPS... BOLEH!!! INSYALLAH.......


Category: 0 comments