KENAPA JADI BEGINI???






Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Persoalan di atas adalah ingin membuka minda & mencelikkan mata semua pihak tentang isu yg sudah lama membelengu fikiran umat islam iaitu HALAL & HARAM. Semua pihak, terutama kerajaan perlu memandang serius aspek ini kerana ia menguji kesabaran & kewibawaan umat Islam. Malah kita juga perlu menjadi model kepada negara Islam yg lain. Apatah lagi Malaysia ingin menjadi Hub Makanan Halal di rantau ini. Atas dasar keprihatinan HPA Industries Sdn Bhd (anchor) sebagai peneraju bagi Halal Hub Melaka di Serkam dan merupakan pertama seumpamanya di Malaysia. Dengan wujudnya Halal Hub ini lebih mudahlah umat islam untuk mendapat produk yg Halal lagi suci, di samping dapat membantu Industri Kecil & Sederhana (IKS).

Walaupun kita mempunyai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yg memantau kehalalan sesuatu produk itu, kita sebagai PENGGUNA seharusnya lebih prihatin & bijak ketika membeli barang. Mencari yg HALAL itu satu KEWAJIPAN. Yang BAIK & SUCI di utamakan... BUATLAH PILIHAN YG TERBAIK!!!

Jika isu ini di anggap remeh...tidak ambil peduli... biarkan jer... APA akan jadi kepada anak2 kita... muda mudi hari ini semakin berani dengan kehidupan sosial mereka. Tanpa segan silu minum arak di tempat awam... merempit.. pemenangnya pula dapat 'habuan'... berpesta... Sehingga ada anak yg sanggup membuang org tua mereka sendiri... 'Si Tanggang' muncul lagi... APA yg tidak kena dgn Org Islam dewasa ini...MENGAPA begitu mudah hanyut dgn mainan duniawi yg sementara ini...Tidak perlu menunding jari, insafilah apa yg telah terjadi. Jadilah insan yg sentiasa membuat bakti.

Sebab utama yg menjadi duri adalah dari pemakanan yg di ambil sehari-hari. Makanan itu yg menbentuk budi pekerti dari seketul daging iaitu HATI. Darah mengalir itu yg akan menjadi pewaris kepada zuriat kita nanti. Takkan rela bercampur hasilnya 'BABI'... Fikir-fikirlah sendiri... 


Beberapa cuplikan sebagai iktibar kita bersama :-


 







Aksi BAHAYA bukan setakat diri sendiri malahan kepada orang lain juga.
















Ini pula melepak rela ponteng sekolah. 









 

















Adakah perlu saban tahun kita disajikan dengan berita yg 'SAMA'
saja... Sambutan itu biarlah berpada-pada mengikut kehendak Islam dengan aktiviti yg lebih berfaedah.
























Semakin berani menunjukkan tembelang sendiri... 
Tak terfikir apa terjadi belakang hari...
Di mana kesihatan tolak ketepi...
Melepaskan tekanan demi kepuasan diri....












TAPI tidak semuanya sebegini...hanya segelintir terperangkap mengikut emosi. Ambil sedikit masa untuk Muhasabah diri mengimbau apa yg telah kita lakukan tempoh hari. Mungkin dulu kita mengikut kata hati lantaran lupa diri, masih ada kesempatan yg diberi untuk jalan kembali... Demi mengabdikan diri kepada Ilahi.




HPA merupakan Wadah Perjuangan Islam yg ingin memartabatkan Ekonomi Ummah dengan memasarkan Produk Halal walau di mana jua.


Category: 0 comments