Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya (PKLP)




2 Zulhijjah 1423H, 29 Oct 2011 (Sabtu), Program Khas Laluan ke Puncak Jaya (PKLP) kini negeri Melaka menjadi tuan rumah yg bertempat di Melaka Halal Hub, Serkam. Dewan yg disediakan menanti dengan pintu terbuka kepada semua pengedar-pengedar setia HPA terutama sekali kepada ahli-ahli baru. 


Pengisian Hebat dari Pengarah Urusan HPA Tn.Hj.Ismail Ahmad, PJS Hafidzan 
Faudzi, PJS Cikgu Murad Abu Bakar, PJS Masliza Mat Seman & PJS Abdul Rahim Bin Abdul Talib. Perkongsian yg pastinya ditunggu-tunggu oleh Warga HPA untuk menaikkan lagi semangat demi memartabatkan Ekonomi Islam di mata dunia. Merekalah antara IKON yg menjadi tulang belakang HPA.


Dengan Kelebihan tersendiri di mana program ini memberikan peluang yg cerah dan terbuka luas kepada Pengedar Bertauliah (PB) dengan hanya mantain 50 nilai mata (NM) pada hari program akan layak mendapat status Pengurus Melati (PLX) dan pangkat-pangkat seterusnya.
SUNGGUH MUDAH KAN!! 


HPA kini telah menjangkau usia 14 tahun... pastinya dalam tempoh ini pelbagai kisah-kisah menarik dan memjadikan HPA lebih maju bagi menembusi pasaran antarabangsa. 



Marilah kita selusuri Penghijrahan di dalam HPA... Dari Teratak ke Menara...





  • Diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. 
  • Berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia.
  • Pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. 
  • Berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
  • HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. 
  • HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. 
  • Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi.
  • Pada  tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.
  • HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
  • Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
Sehubungan dengan itu kami telah menbuka peluang yang seluas-luasnya untuk mengajak anda semua diluar sana bersama kami dalam menjayakan sebuah perniagaan atau muamalah yang unik ini dan sudah tentunya kami menawarkan satu pendapatan yg bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yg PALING penting adalah BARAKAH ~ Perutusan Pengarah Urusan.

Selain itu ILMU amatlah penting dalam apa jua bidang yg kita ceburi. Antara medium yg disediakan ialah melalui Kelas Mingguan. Bagi kami Komuniti Ilmuan Al-Wahida Selatan (KIAS) mengadakan majlis ilmu pada setiap hari JUMAAT Jam 9.00 malam bertempat di Cawangan HPA Pasir Gudang. 
  1. Perkongsian ilmu dan kemahiran ~ Mengenai Profil Syarikat, Pengetahuan produk.
  2. Meningkatkan motivasi diri ~ Lebih yakin dan berani mengenalkan HPA.
  3. Penyaluran maklumat terkini ~ Program & Acara akan datang DLL.
Konsep perubatan JAWI HPA banyak berkait dengan kaunseling dan rawatan
dengan mempelajari teknik diagnos penyakit dan rawatan akan dapat membuka peluang yang lebih baik serta menambahkan keyakinan pengguna.

Antara teknik yg digunakan adalah :-

1) Tapak Tangan

2) Akupunture





3) Iridologi (Mata)






Kaedah diagnos dan rawatan boleh dilakukan secara simple tetapi berkesan..semua orang mampu menguasainya..InsyaAllah..
Kelebihan dan kemahiran inilah yang menjadi keunikan kepada perniagaan MLMs HPA.



Dengan ilmu yg diperolehi inilah mampu mengubah taraf ekonomi keluarga dengan cara mengesyorkan produk yg halal & suci di dalam HPA kepada saudara-mara, sahabat handai & Jiran tetangga. 


Secara tidak langsung anda sudah menjana pendapatan melalui kenaikan Pangkat & Bonus. Yang Pastinya Pangkat & % Pangkat KEKAL & Boleh DIWARISI. Jaminan Masa depan terutamanya untuk anak-anak kita. JANGAN biarkan mereka 'merempat' di negara sendiri.


Sebelum melabuhkan tirai dan jari jemari berhenti menaip kami mengalu-alukan kehadiran anda di PKLP akan datang :-
Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. (UTHM)
Daftar : Di Cawangan HPA.

KAMI NANTIKAN ANDA DI SANAAAAAA.......

Category: 0 comments