Trofi Mujahid Setia

Salam Mujahid ~ Tanggal 24/12/2010 (Jumaat) pasti akan diingati oleh semua para AJK KIAS & Evergreen apa tidaknya kerana malam itu mereka telah diberikan penghargaan di atas kerjasama yg telah disumbangkan supaya segala aktiviti di dlm komiti berjalan lancar dengan izin Allah. Mereka telah membawa pulang sebuah trofi. Bukan trofi jadi ukuran tapi Jauh lebih penting nilai ukhuwah persaudaraan itu dapat diterapkan dikalangan ahlinya.

Selain itu ia memenuhi tanggungjawab & melaksanakan tugasan yg diberikan dengan ikhlas & sebaik-baiknya. Tidak kurang pentingnya memupuk nilai murni dlm diri saling bekerjasama dalam apa jua urusan.


Kalau nak kenal inilah Penaung KIAS PJS Maslizar (Kanan) Sebelah tu Cik Wana~Setiausaha

 
Terharu ~ AJK KIAS bersama trofi masing2...


 Bangganyaaa ~ AJK Evergreen sentiasa freshhhh you...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Misi HPA untuk menyediakan produk HALAL bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam dan asas kepada tuntutan Fardhu Kifayah merupakan agenda penting kepada pengedar dlm memperjuangkannya. 

Dalam merealisasikan misi ini 5 pendekatan diambil kira sebagai garis panduan:-

a) Menggunakan produk HALAL lagi suci ini kerana hukumnya WAJIB.
b) Menyebarkan Produk HALAL ~ Sama ada org mahu menerimanya atau
   tidak itu bukan persoalannya.
c) Jadikan ia sebagai kerjaya bagi menjana sumber pendapatan yg 
   barakah.
d) Sertai sistem MLM yg bersandarkan kpd syariah, tidak 
   melibatkan unsur riba, tiada penganiayaan & tidak
   menjanjikan sesuatu yg tidak dapat ditunaikan.
e) Boleh menyertai koperasi bagi memperoleh pendapatan menerusi 
   pelaburan yg dilakukan.

Selain itu Visi HPA yg komited membentuk usahawan yg berwibawa, bersemangat untuk berdikari dan yakin pada kemampuan diri sendiri. Dari sinilah terbentuknya jati diri yg perlu ada oleh setiap MUJAHID HPA

Disamping itu antara elemen-elemen seorang mujahid untuk dijadikan sebagai perisai seperti yg tersenarai dibawah ini:-


i) Ilmu 
   => Cari & dalami ilmu yg diperolehi walau dimana ia berada.
   => Kembangkan ilmu kerana disitulah proses pemahaman dapat   
      diaplikasi.

ii)Perancangan & Strategi 
   => Pelan tindakan yg perlu diambil dan dilaksanakan secara
      cekap serta berkesan untuk mencapai matlamat.
   => Aspek yg perlu diberi penekanan ialah masa depan,ekonomi,
      orang perseorangan.
   => Strategi adalah pendekatan secara keseluruhan yg berkaitan 
      dengan idea supaya perancangan terlestari.
   
iii)Matlamat & Sasaran 
    => Gambarkan matlamat dengan jelas sekarang!!! 
       Apa yg diinginkan? bila? Bagaimana? 
       Semua jawapan diatas adalah matlamat didalam minda yg 
       mewarnai setiap langkah pasti realiti menanti.
    => Sasaran pula merupakan gerak kerja untuk memastikan 
       matlamat tercapai melalui strategi yg dirancang.    
   
iV) Semangat diri
    => Kata-kata semangat memainkan peranan yg sangat penting 
       di kala hati tak menentu..jiwa celaru.. 
       "Semangat dalam perjuangan tak sebatas tekad membakar,
        tapi semangat dlm perjuangan besertakan niat, doa dan
        tindakan"
     => Mendengar lagu yg memberi suntikan semangat.
        cth:Sunnah Org Berjuang; Mujahid Setia;Bingkai kehidupan;
            Teman Sejati.




Nie orangnya yg memberi hujah fasal di atas ~ dengan gaya bersahaja tapi semangat membara.








Bangunlah ketika yang lain sedang tertidur. 
Berjalanlah ketika yang lain sudah bangun. 
Berlarilah ketika yang lain sedang berjalan. 
Dan terbanglah ketika yang lain sedang berlari. 
Dan ketika yang lain terbang maka saya telah SUKSES!!!

Pujangga pengarang...

Category: 0 comments

Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)


Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) telah berlangsung pada 18 - 19 Disember 2010 di Dewan Umar Mukthar,Sg.Petani Kedah. Kuliah selama 2 hari 1 malam disampaikan sendiri oleh Tn.Hj.Ismail Bin Hj.Ahmad. Hampir 200 orang peserta berdaftar untuk program ini.

Antara modul yg dibentangkan sepanjang kuliah dijalankan ialah:- 

1. Perubatan JAWI - Suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan   2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

1.1 Rukun Penyembuhan.
    a) Keyakinan 
- harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yg diberikan kepadanya merupakan ubatan yg berkualiti.       
                    
- Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yg perlu dibuka terlebih dahulu.

- Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yg amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. 

- Yakin bahawa yg menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dgn syariat Islam (Al-Quran & As-Sunnah)

   b)  Amalan Berterusan 
- harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yg sedang menjalani proses penyembuhan melakukan perbaikan ke seluruh tubuh secara  menyeluruh.



- Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yg mengandungi toksid, maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin seharian. 

- Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu utk menjalankan proses pemulihan sel-sel yg telah rosak.

c)Direction of cure (DOC) 
- adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja.


  d) Dos yg mencukupi 
- Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. 



2. Produk Halal - KENAPA???
   a) Perintah Allah S.W.T -  WAJIB!! (Surah Al-Baqarah ayat 168)
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

   b) Menjaga iman & ibadah.
   c) Amalan & Doa diterima Allah.
   d) Kesihatan diri - rohani & jasmani.

 “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)


3. FUNGSI HERBA
1) Menguatkan sistem imuniti.
2) Merangsang enzim pencernaan.
3) Anti peradangan.
4) Diuretik.
5) Afrodisiak (Stamina & Kesuburan)
6) Antipiretik (untuk demam)
7) Anti hipertensi.
8) Anti kanser.


Lihatlah paparan seterusnya sebagai suntikan semangat kepada semua MUJAHID HPA...




Ramai peminat..... aura herba...





Srikandi HPA Pasir Gudang






Antara peserta yg mengikuti PIC dari Semenanjung &Borneo


Para penuntut Sijil Herbalis mendendangkan 4 buah lagu bersama Pak Habib




Hotel HPA - Berpeluang menginap merehatkan mata di sini.





Sementara menunggu waktu pulang - Menikmati santapan kat ROC












Sijil Penghargaan utk peserta PIC

  PIC telah melabuhkan tirainya...tapi semangat juang akan terus membara... ALLAHUAKBAR.....

Category: 0 comments

PBC HOTEL SELESA PASIR GUDANG




Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) telah berlangsung di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada 11 & 12 Desember 2010 Anjuran Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) dan merupakan penutup program untuk tahun ini. Penyertaan yg di luar jangkaan menunjukkan kesungguhan leader2 membawa rakan kongsi mereka ke program ini sangat luar biasa.

Di sinilah segalanya bermula sebagai batu loncatan bagi pengedar2 HPA untuk terus Memperjuangkan Produk HALAL di mana sahaja. Program yg telah disediakan begitu padat selama 2 hari 1 malam digunakan sebaik-baiknya oleh semua peserta yg menyertai seminar ini. Di mana ia juga menyediakan maklumat & bimbingan secukupnya kepada pengedar.


Dari Program inilah lahirnya pemimpin2 yg begitu komited & dinamik untuk terus bersama-sama menggempur pasaran global. Peluang terbuka seluas-luasnya untuk kita semua.


~ HPA WADAH PERJUANGAN UMMAH ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Mari kita soroti dari kilauan lensa photographer sukarelawan :-


Di meja Pendaftaran - Daftar dulu baru boleh masyuukk...

 


 

 Presiden Kelab Al-Wahida Selatan (KAS)
PJS En.Rahmat Daim - Merasmikan PBC di Hotel Selesa








  

 
 Barisan Pemantau sepanjang program ini dijalankan - Comel2..Segak2 belaka...






PJS En.Shafik - membentangkan Pelan Pemasaran (Mantoppp)








 
 Cikgu Khalid - Slot HALAL & HARAM... 


PJS En.Rahim (Ayahanda) - Ramai peminat dialah yg kata....








Teman berkongsi suka & duka... Sayang selalu









































 Aiksss...Photographer pun kena snap... biaselaaa popular kn..


 
 MENTOR... PJS Maslizar & PJS En.Rahim



 















 















 






 




 
Cam berminat jerk...sape minat sape nie...

 
TAHNIAH!! JUMPA LAGI DI TAHUN DEPAN............

Category: 0 comments

IBADAH QURBAN & FAMILY DAY (KAS)



Pada 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H (Sabtu) Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban & Hari Keluarga di Tapak Rekreasi Pantai Punggur, Rengit, Batu Pahat. Bermula jam 8.00 Pagi - 2.00 Petang. Seramai 300 ahli bersama keluarga masing2 yg menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yg julung kalinya di adakan ini. (Mendapat liputan dari akhbar Sinar).


Sekilas info yg ingin dikongsikan bersama berkenaan Ibadah Qurban.
1) Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.


2) Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.


3) Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan (Qibasy).


4) Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
1) Membaca Basmallah atau takbir
2) Selawat kepada nabi
3) Menyembelih pada waktu siang.
4) Memilih binatang yang gemuk dan sihat.
5) Disembelih oleh orang yang berqurban.
6) Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.
7) Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
8) Menggunakan alat sembelih yang tajam

Hikmah-hikmah Qurban
1) Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2) Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3) Tanda kesyukuran di atas nikmat pem berian Allah.
4) Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5) Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6) Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban.
7) Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam





Pelbagai aktiviti menarik diadakan di majlis ini.. kita ikuti rentetan dr lensa jurukamera amatur KIAS...




Di meja pendaftaran utk mendapatkan kupon daging & Cabutan Bertuah.


























Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan










Aktiviti melapah daging mendapat kerjasama dari penduduk kampung.













Rewang2.... sudah tentu dr kaum Hawa...dengan angin sepoi2 bahasa dr tepian laut...Nyamannya...

























Dalam cuaca yg cerah dan panas, pastinya Pondok Cendol mendapat sambutan yg menghangatkan....




Acara tarik tali kategori kanak2... Tarik dik... tarik..

Dalam keseronokan ada insiden yg tidak disangka terjadi, salah seorang
peserta tarik tali kakinya telah terkena sesuatu yg tajam. Sapu minyak but-but
insyaAllah akan reda kesakitannya.





Acara tarik tali utk kategori lelaki dewasa. Seronok la tu da menang... boleh laa geng dia beso2..











Acara memasukkan benang dalam jarum.. gigil tangan nk masukkan tu... nampak jer senang...




Tekunnyeeee....peserta yg mengambil bahagian utk menyulam. Kemenangan berpihak kpd..... DRUM please.... PJS Maslizar.... pewwwwitttt..










Ye.....saat yg ditunggu2.. nk dpt hadiah nie... nie la dia wajah2 ceria bg pemenang kategori masing2.
TAHNIAH!!!... yg x berape nk menang tahun depan tingkatkan usaha.. maybe turn u all la plak kn...






 Generasi pelapis yg sedang memartabatkan Produk Halal di mata dunia...

Alhamdulillah majlis ini berlangsung lancar dgn izin Allah. Akhir kata dari lidah pengarang semoga usaha murni sebegini akan ada kesinambungannya di masa hadapan.

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."




Category: 1 comments