Kiropraktik ChiroRadix




Perubatan Tulang Belakang kaedah Perubatan Jawi dari sudut maknanya, Kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong. Dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang.


Ruas tulang belakang tidak hanya sebagai penyangga postur tubuh, namun juga merupakan pusat penyebaran informasi keseluruh organ tubuh.

Apabila ruas tulang belakang terganggu, ia segera mempengaruhi kesihatan seluruh tubuh. Tulang Belakang manusia umpama akar tunjang bagi sepohon pokok atau tiang seri kepada sebuah rumah.

Begitulah beberapa perumpamaan yang menunjukkan betapa pentingnya penjagaan tulang belakang yang sering kita abaikan.

Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta.

Pembentangan kajian yg bertajuk "Kesan Postur Badan dan Pergerakannya didalam Solat" disampaikan oleh Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr.Fatimah Ibrahim menjelaskan bahawa pergerakkan di dalam solat amat mempengaruhi kondisi tubuh badan.

Di dalam posisi rukuk, posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan kepala betul-betul ditempat sujud. Secara tidak langsung ia amat membantu melancarkan  pengaliran darah keseluruh anggota badan.


Antara Punca Sakit Tulang Belakang :-

=> Tidur dalam posisi yang tidak betul mengakibatkan ruas tulang bergerak dari kedudukan asalnya.
=> Kasut bertumit tinggi mengakibatkan hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.


=> Kecederaan sewaktu mengangkat beban yang berat akibat posisi yang tidak betul akan berlaku perubahan lokasi tulang dan biasanya bebunyi agak kuat.

=> Duduk yang terlalu lama, terutama di atas kenderaan dengan dompet tebal di saku belakang akan berlaku ketegangan ligamen yang ruas tulang belakang.


Perubatan Jawi mempunyai kaedah tersendiri dalam melakukan Pembetulan Tulang Belakang.

Visual menarik di dalam Kelas Mingguan bertempat di Cawangan HPA Masai Utama... klik..klik.. klik..



 Perawat membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul










Ingat tak dulu masa sekolah aktiviti senaman ~ untuk tulang belakang.... Mengimbau nostalgia





Melegakan bagi yang stressssss....






Yang satu nie laaa kena jaga elok-elok yeeeee......



Category: 3 comments

Program Khas Laluan Ke Puncak Jaya (PKLP)




2 Zulhijjah 1423H, 29 Oct 2011 (Sabtu), Program Khas Laluan ke Puncak Jaya (PKLP) kini negeri Melaka menjadi tuan rumah yg bertempat di Melaka Halal Hub, Serkam. Dewan yg disediakan menanti dengan pintu terbuka kepada semua pengedar-pengedar setia HPA terutama sekali kepada ahli-ahli baru. 


Pengisian Hebat dari Pengarah Urusan HPA Tn.Hj.Ismail Ahmad, PJS Hafidzan 
Faudzi, PJS Cikgu Murad Abu Bakar, PJS Masliza Mat Seman & PJS Abdul Rahim Bin Abdul Talib. Perkongsian yg pastinya ditunggu-tunggu oleh Warga HPA untuk menaikkan lagi semangat demi memartabatkan Ekonomi Islam di mata dunia. Merekalah antara IKON yg menjadi tulang belakang HPA.


Dengan Kelebihan tersendiri di mana program ini memberikan peluang yg cerah dan terbuka luas kepada Pengedar Bertauliah (PB) dengan hanya mantain 50 nilai mata (NM) pada hari program akan layak mendapat status Pengurus Melati (PLX) dan pangkat-pangkat seterusnya.
SUNGGUH MUDAH KAN!! 


HPA kini telah menjangkau usia 14 tahun... pastinya dalam tempoh ini pelbagai kisah-kisah menarik dan memjadikan HPA lebih maju bagi menembusi pasaran antarabangsa. 



Marilah kita selusuri Penghijrahan di dalam HPA... Dari Teratak ke Menara...





  • Diasaskan oleh Tuan Hj. Ismail bin Hj. Ahmad yang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis. 
  • Berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia.
  • Pada bulan September 1987 secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. 
  • Berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995.
  • HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. 
  • HPA juga telah mewujudkan panel syariah untuk memantau perniagaannnya. 
  • Lebih 500 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi.
  • Pada  tahun 2010 HPA telah membeli bangunan setinggi 13 tingkat di Seksyen.13 Shah Alam. Bernilai RM54 juta.
  • HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
  • Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
Sehubungan dengan itu kami telah menbuka peluang yang seluas-luasnya untuk mengajak anda semua diluar sana bersama kami dalam menjayakan sebuah perniagaan atau muamalah yang unik ini dan sudah tentunya kami menawarkan satu pendapatan yg bukan sahaja menarik dan lumayan tetapi yg PALING penting adalah BARAKAH ~ Perutusan Pengarah Urusan.

Selain itu ILMU amatlah penting dalam apa jua bidang yg kita ceburi. Antara medium yg disediakan ialah melalui Kelas Mingguan. Bagi kami Komuniti Ilmuan Al-Wahida Selatan (KIAS) mengadakan majlis ilmu pada setiap hari JUMAAT Jam 9.00 malam bertempat di Cawangan HPA Pasir Gudang. 
  1. Perkongsian ilmu dan kemahiran ~ Mengenai Profil Syarikat, Pengetahuan produk.
  2. Meningkatkan motivasi diri ~ Lebih yakin dan berani mengenalkan HPA.
  3. Penyaluran maklumat terkini ~ Program & Acara akan datang DLL.
Konsep perubatan JAWI HPA banyak berkait dengan kaunseling dan rawatan
dengan mempelajari teknik diagnos penyakit dan rawatan akan dapat membuka peluang yang lebih baik serta menambahkan keyakinan pengguna.

Antara teknik yg digunakan adalah :-

1) Tapak Tangan

2) Akupunture





3) Iridologi (Mata)






Kaedah diagnos dan rawatan boleh dilakukan secara simple tetapi berkesan..semua orang mampu menguasainya..InsyaAllah..
Kelebihan dan kemahiran inilah yang menjadi keunikan kepada perniagaan MLMs HPA.



Dengan ilmu yg diperolehi inilah mampu mengubah taraf ekonomi keluarga dengan cara mengesyorkan produk yg halal & suci di dalam HPA kepada saudara-mara, sahabat handai & Jiran tetangga. 


Secara tidak langsung anda sudah menjana pendapatan melalui kenaikan Pangkat & Bonus. Yang Pastinya Pangkat & % Pangkat KEKAL & Boleh DIWARISI. Jaminan Masa depan terutamanya untuk anak-anak kita. JANGAN biarkan mereka 'merempat' di negara sendiri.


Sebelum melabuhkan tirai dan jari jemari berhenti menaip kami mengalu-alukan kehadiran anda di PKLP akan datang :-
Tarikh : 19 November 2011
Tempat : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor. (UTHM)
Daftar : Di Cawangan HPA.

KAMI NANTIKAN ANDA DI SANAAAAAA.......

Category: 0 comments

ISU RIBENA... ROSELLE HPA JADI PILIHAN


Isu ribena ada arak???? hangat diperkatakan kini... Ia membuka mata dan menggemparkan hati ummat islam terutamanya... mana tidaknya ia salah satu minuman kesukaan anak2 kita... lagi2 laa kalau hari raya memang fofular laaa.... 

 






* Jika dilihat kepada gambar disebelah cara pembungkusan yg mengelirukan kepada orang ramai khususnya Muslim.


Saranan : Menukar cara pembungkusan yg lebih sesuai.






Kes ini telah terjadi  di London, kita singkap sedikit petikan drpd laporan tersebut: "Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada
paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya."
 



Kita perlu mengambil pengajaran dari perkara yg telah berlaku kepada saudara Islam kita di sana, mereka begitu TEGAS dengan ISU HALAL & HARAM ini. Walau berapa peratus pun kandungannya ia tetap HARAM. Tidak Mustahil kejadian yang sama boleh berlaku di negara kita MALAYSIA. Kita sebagai umat Islam MESTI berhati-hati dengan isu pemakanan masa kini, kerana ia akan menjadi darah daging kita.

Islam mementingkan aspek khasiat dan kebersihan supaya yang dimakan benar-benar membawa manfaat, bukannya kemudaratan. 

Satu lagi aspek yang sangat diberikan perhatian dalam Islam ialah dari sudut halal atau haram. Islam menekankan aspek ini kerana melalui hukum halal haram membolehkan umatnya mengenal batasan, berdisiplin dan menjadi umat terbaik.

Dalam hadis diceritakan Tirmidzi, Nabi bersabda, maksudnya:

“Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”

Justeru itu pendekatan yg perlu diambil adalah mendekatkan diri dan mengamalkan pemakanan yg halal buatan air tangan orang Islam dan menjauhkan diri dari apa jua yang berunsur haram & syubhah.

Bertuahnya kita di Malaysia kerana telah ada sebuah syarikat iaitu HPA Industries Sdn Bhd diterajui dan dimiliki oleh Bumiputera Muslim memandang serius tetang isu  HALAL & HARAM dari pelbagai aspek. Pemakanan dan kesihatan berasaskan herba serta mengikut Sunnah Nabi Muhamad S.A.W., Perniagaan dan pendapatan  yg berlandaskan Syariah. Antara tujuan utama penubuhannya ialah ingin menyebarkan PRODUK HALAL terutama kepada Umat Islam yg dibelengu oleh produk luar yg syubhah. Supaya kita boleh membuat pilihan yg bijak.

Atas dasar keprihatinan terhadap "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA" inilah antara produk yg dipasarkan oleh HPA adalah KORDIAL ROSELLE.

KORDIAL ROSELLE
READY TO DRINK - ROSELLE

























Fokus dunia pemakanan kesihatan masakini ialah satu kumpulan 'nutriens' yg dipanggil 'ANTI-OKSIDAN (Pelindung sel tubuh daripada pencemaran toksik). Roselle didapati kaya dengan Anti-Oksidan.

Vitamin C merupakan anti-oksidan yg terbaik bagi mencegah kerosakan sel hasil dari proses 'oksidan' dan tindak balas kimia dalam tubuh.

Ia juga sejenis vitamin yg larut air. Sekiranya diambil secara berlebihan ia hanya akan dikeluarkan melalui air kencing sahaja.


Kelebihan pengambilan Roselle HPA:-


1)  Anti Penuaan / (Anti aging)
     Ramai saintis berpendapat bahawa pengambilan Roselle  
     akan melambatkan proses penuaan. 
2)  Pencegah Penyakit 'Cardiovaskular' 
     Sakit Jantung merupakan pembunuh No.1 di dunia.Proses 
     Oksidan juga akan menyebabkan LDL kolestrol menebal 
     di arteri menyebabkan ia tersumbat. Ia juga bermulanya
     tekanan darah tinggi.

3)  Pencegahan Kanser 
     Bagi kawasan-kawasan industri (Terutama yg berdekatan 
     dengan sektor perkilangan) risiko terjadinya barah amat
     cerah sekali. Roselle dimestikan kepada mereka yang    
     sering terdedah kepada asap rokok dan pencemaran    
     udara.    
     

4)  Demam/Selsema 

     Terutama kepada anak-anak kecil, ia cepat meredakan
     
     panas badan.


5)  Resdung (alergi) & Asma (lelah)

     Mempercepatkan proses kesembuhan terutamanya bersin
     
     waktu pagi, mata berair, hidung tersumbat serta gatal2

     muka.


6)  Stress atau Sukar Tidur (Insomnia) 

     Kerana ia akan bertindak menurunkan suhu yg
     mempengaruhi 'mood' pesakit. Ia juga mengurangkan
     masalah dengkur semasa tidur.


Kesimpulannya, sebagai umat islam wajib bagi kita untuk
membuat pilihan yg tepat dan terbaik dari segi kesuciannya
dan kehalalannya.

 
     





Category: 0 comments

Annual Dinner KIAS 2010

 

Tanggal 9 Februari 2011 detik terindah bagi Komuniti Ilmuan Al-Wahida Selatan (KIAS) menganjurkan Majlis Makan Malam bagi meraikan AJK yang telah berkerjasama didalam komiti sepanjang keterlibatan sepanjang tahun lepas. 

Bertempat di Restoran Sasa, Kompleks Pusat Bandar. Majlis yg dirancang alhamdulillah berlangsung lancar dengan izin Allah. Ia turut diserikan dengan kehadiran Tetamu Undangan Khas iaitu Presiden Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) PJS En.Rahmat Daim beserta isteri PJS Alimah Sam, dan juga PJS En.Rahim Talib bersama isteri beliau.

Selamat datang kepada 'muka2' baru welcome to KIAS's, mudah-mudahan semakin semarak & mantap komiti ini diwarnai dengan pelbagai aktiviti yg akan dijana bersama.


'Batch' dihadiahkan kpd semua AJK & tetamu yg hadir





MC bergaya & bijak mengawal susun atur acara majlis ~ Siap berpantun lagi.

 Pengerusi KIAS merasmikan Majlis Makan Malam


Manisnye senyuman Pemimpin yg kami sayangi

 
Penaung KIAS PJS Maslizar & Kekasih hati suami tercinta




Agenda utama malam nie makan time... selamat menjamu selera dgn hidangan yg tersedia. 

Duo ~ Pasangan selebriti KIAS


Bagi memeriahkan suasana kotak berirama menceria acara




 
Wajah ceria dapat hadiah~Senyum melebor....







Cenderahati utk Tetamu Undangan













Barisan putera siap siaga


Dari Kedah ke Irian Jaya,
Melihat rusa tepi perigi,
Udara segar di tepi paya,
Moga dapat bersua lagi.

Category: 0 comments

Gemilang KONVEK 2011




Putrajaya International Convention Centre (PICC)


Putrajaya : 5 Februari 2011 HPA telah meraikan kejayaan semua pengedar-pengedarnya dalam satu majlis gilang gemilang KONVEK 2011 dimana ia melakar sejarah tersendiri buat mereka yg komited di dalam memasarkan & memperjuangkan produk HALAL.

Pelbagai insentif diberikan kepada pengedar cemerlang dan melepasi sasaran syarikat, sekali gus menerima ganjaran dijanjikan. Ia juga sebagai menghargai sumbangan mereka terhadap pencapaian syarikat pada tahun lalu.

Secara tidak langsung ia telah membuka minda dan pembakar semangat kepada pengedar-pengedar setia untuk terus meningkatkan  usaha di masa hadapan bagi menyahut Cabaran & Amanat dari Tuan Hj.Ismail iaitu untuk merealisasikan sasaran jualan produk RM 25 JUTA sebulan bagi tahun 2011.

Keindahan & Keceriaan suasana konvek dari lens kamera....
 Deligasi dari Johor Bahru













Manis2 Srikandi HPA












Tn.Hj.Ismail Hj.Ahmad ~ Pengarah Urusan

En.Mohd Faisol Bin Abd Rahman ~ Pengurus Besar Al-Wahida Marketing S/B


Loving couple ~ PJS En.Rahmat Daim & PJS Alimah Sam




 Pemimpin yg di kasihi ~ PJS Maslizar Mat Seman







 Ayahanda ~ PJS En.Rahim Talib












Pakar Plan Pemasaran ~ PJS En.Shafik
 

 Sentiasa segar ~ PJS Evi Soraya


Penghargaan untuk Pengedar Istimewa ~ Pemangkin semangat bagi kita semua



 Persembahan artis ~ Halwa telinga santapan minda


Pelancaran produk baru untuk menembusi pasaran global


Jawi Water Filter ini mempunyai kualiti yg setanding dengan jenama yg paling top di pasaran luar. Semestinya ia halal keluaran Muslim HPA.




 

 
 
Antara motif jam tangan ini:
1. Pusingan arah ke kanan (anti-clockwise)
2. Angka-angka ganjil (Allah SWT menyukai yang ganjil)
3. Boleh digunakan semasa mengambil wudhu’
4. Kalis air sedalam 30 meter
5. Enjin pergerakan jam adalah dari pembuat jam jepun yang bereputasi tinggi
6. Warna jarum saat hijau sempena warna rasmi HPA
7. Logo HPA terdapat di muka hadapan dan di belakang jam
8. Mempunyai 2 jenis/saiz jam untuk lelaki dan wanita (saiz lebih kecil)



Senarai Lagu Album Hijrah
1) Hijrah
2) As-Syafi
3) Menuju Wawasan
4) Sajak Usahawan
5) Ubatan Hakiki
6) Sangkar Hati
7) Doa Dhuha
8 ) Doa Rabitah
9) Solatlah Wahai Permata Hatiku

Serangkap pantun mengakhiri entri ini.....

Program PBC sentiasa di nanti,
Majlis Konvek kemuncak prestasi,
Satu matlamat impian di hati,
Tahun depan pentas itu kita jejaki...

Category: 0 comments