Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC)


Perkongsian Ilmu Cemerlang (PIC) telah berlangsung pada 18 - 19 Disember 2010 di Dewan Umar Mukthar,Sg.Petani Kedah. Kuliah selama 2 hari 1 malam disampaikan sendiri oleh Tn.Hj.Ismail Bin Hj.Ahmad. Hampir 200 orang peserta berdaftar untuk program ini.

Antara modul yg dibentangkan sepanjang kuliah dijalankan ialah:- 

1. Perubatan JAWI - Suatu sistem perubatan menyeluruh (holistik) yang menggabungkan   2 sumber utama iaitu sumber alamiah dan ilahiyah. Perubatan ini berlandaskan kepada keyakinan yang kuat bahawa hakikat penyembuhan yang sebenarnya berasal daripada Allah S.W.T yang bersifat Asy-Syafii (Maha Penyembuh) serta ketepatan (kemujaraban) penawar menjadi pegangan.

1.1 Rukun Penyembuhan.
    a) Keyakinan 
- harus ditanamkan kepada pesakit mahupun perawat bahawa setiap penyakit itu pasti ada ubatnya dan ubatan herba yg diberikan kepadanya merupakan ubatan yg berkualiti.       
                    
- Keyakinan ini adalah sangat penting kerana ia merupakan pintu penyembuhan yg perlu dibuka terlebih dahulu.

- Keyakinan akan membangkitkan tenaga dalaman yg amat penting untuk membantu mengembalikan sistem imuniti. 

- Yakin bahawa yg menyembuhkan adalah Allah S.W.T. Sehubungan dengan itu, dalam merawat pesakit hendaklah dilakukan secara ihsan dan sesuai dgn syariat Islam (Al-Quran & As-Sunnah)

   b)  Amalan Berterusan 
- harus istiqomah dan sabar menantikan tubuh yg sedang menjalani proses penyembuhan melakukan perbaikan ke seluruh tubuh secara  menyeluruh.



- Apabila kita menyedari bahawa sumber penyakit datang dari makanan harian yg mengandungi toksid, maka sudah semestinya pengambilan herba menjadi perkara rutin seharian. 

- Penyakit timbul setelah sekian lama gangguan organ terjadi. Begitu juga ubat memerlukan tempoh atau waktu utk menjalankan proses pemulihan sel-sel yg telah rosak.

c)Direction of cure (DOC) 
- adalah tanda-tanda yang menunjukkan herba sedang bekerja.


  d) Dos yg mencukupi 
- Penggunaan herba yang tepat haruslah disesuaikan dengan berat badan pesakit. 



2. Produk Halal - KENAPA???
   a) Perintah Allah S.W.T -  WAJIB!! (Surah Al-Baqarah ayat 168)
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

   b) Menjaga iman & ibadah.
   c) Amalan & Doa diterima Allah.
   d) Kesihatan diri - rohani & jasmani.

 “Berubatlah kamu, kerana sesungguhnya Allah S.W.T yang menurunkan penyakit, Dia (Allah S.W.T) jualah yang menurunkan ubatnya.” (Hadis Riwayat Ahmad)


3. FUNGSI HERBA
1) Menguatkan sistem imuniti.
2) Merangsang enzim pencernaan.
3) Anti peradangan.
4) Diuretik.
5) Afrodisiak (Stamina & Kesuburan)
6) Antipiretik (untuk demam)
7) Anti hipertensi.
8) Anti kanser.


Lihatlah paparan seterusnya sebagai suntikan semangat kepada semua MUJAHID HPA...




Ramai peminat..... aura herba...





Srikandi HPA Pasir Gudang






Antara peserta yg mengikuti PIC dari Semenanjung &Borneo


Para penuntut Sijil Herbalis mendendangkan 4 buah lagu bersama Pak Habib




Hotel HPA - Berpeluang menginap merehatkan mata di sini.





Sementara menunggu waktu pulang - Menikmati santapan kat ROC












Sijil Penghargaan utk peserta PIC

  PIC telah melabuhkan tirainya...tapi semangat juang akan terus membara... ALLAHUAKBAR.....

Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment