Kiropraktik ChiroRadix




Perubatan Tulang Belakang kaedah Perubatan Jawi dari sudut maknanya, Kiropraktik ialah pengubatan menggunakan tangan kosong. Dengan melakukan beberapa teknik manipulasi pada bahagian tulang belakang.


Ruas tulang belakang tidak hanya sebagai penyangga postur tubuh, namun juga merupakan pusat penyebaran informasi keseluruh organ tubuh.

Apabila ruas tulang belakang terganggu, ia segera mempengaruhi kesihatan seluruh tubuh. Tulang Belakang manusia umpama akar tunjang bagi sepohon pokok atau tiang seri kepada sebuah rumah.

Begitulah beberapa perumpamaan yang menunjukkan betapa pentingnya penjagaan tulang belakang yang sering kita abaikan.

Allah tidak mensia-siakan apa yang diperintahkan, dan manusia perlulah mengkaji keindahan dan kehebatan Maha Pencipta.

Pembentangan kajian yg bertajuk "Kesan Postur Badan dan Pergerakannya didalam Solat" disampaikan oleh Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bioperubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr.Fatimah Ibrahim menjelaskan bahawa pergerakkan di dalam solat amat mempengaruhi kondisi tubuh badan.

Di dalam posisi rukuk, posisi 90 darjah seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW mampu menyembuhkan penyakit tulang belakang. Lutut perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum diikuti tangan dan kepala dalam kedudukan sujud. Kedudukan kepala betul-betul ditempat sujud. Secara tidak langsung ia amat membantu melancarkan  pengaliran darah keseluruh anggota badan.


Antara Punca Sakit Tulang Belakang :-

=> Tidur dalam posisi yang tidak betul mengakibatkan ruas tulang bergerak dari kedudukan asalnya.
=> Kasut bertumit tinggi mengakibatkan hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.


=> Kecederaan sewaktu mengangkat beban yang berat akibat posisi yang tidak betul akan berlaku perubahan lokasi tulang dan biasanya bebunyi agak kuat.

=> Duduk yang terlalu lama, terutama di atas kenderaan dengan dompet tebal di saku belakang akan berlaku ketegangan ligamen yang ruas tulang belakang.


Perubatan Jawi mempunyai kaedah tersendiri dalam melakukan Pembetulan Tulang Belakang.

Visual menarik di dalam Kelas Mingguan bertempat di Cawangan HPA Masai Utama... klik..klik.. klik..



 Perawat membuat regangan untuk merehatkan otot-otot yang menguncup atau tersimpul










Ingat tak dulu masa sekolah aktiviti senaman ~ untuk tulang belakang.... Mengimbau nostalgia





Melegakan bagi yang stressssss....






Yang satu nie laaa kena jaga elok-elok yeeeee......



Category: 3 comments

3 comments:

akmal buang said...
This comment has been removed by the author.
akmal buang said...

Assalamualaikum... Di mana saya boleh dptkan rawatan ni? Johor? Alamat lebih spesifik?

akmal buang said...

Assalamualaikum... Di mana saya boleh dptkan rawatan ni? Johor? Alamat lebih spesifik?

Post a Comment