IBADAH QURBAN & FAMILY DAY (KAS)



Pada 20 November 2010 bersamaan 13 Zulhijjah 1431H (Sabtu) Kelab Al-Wahida Selatan (KAS) telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban & Hari Keluarga di Tapak Rekreasi Pantai Punggur, Rengit, Batu Pahat. Bermula jam 8.00 Pagi - 2.00 Petang. Seramai 300 ahli bersama keluarga masing2 yg menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yg julung kalinya di adakan ini. (Mendapat liputan dari akhbar Sinar).


Sekilas info yg ingin dikongsikan bersama berkenaan Ibadah Qurban.
1) Qurban ialah menyembelih binatang ternakan berkaki empat (Al-An’am) pada hari Raya Aidil Adha atau hari-hari Tasyriq (11, 12, 13 Zulhijjah) dengan tujuan beribadat kepada Allah. Hukum ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.


2) Ibadah Qurban bermula selepas naik matahari sekadar cukup untuk solat dua rakaat dan khutbah pada 10 Zulhijjah dan berakhir ketika terbenam matahari 13 Zulhijjah.


3) Ibadah Qurban dilaksanakan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim yang ingin menyembelih anaknya, nabi Ismail kerana melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini dilakukan menunjukkan bahawa betapa mereka amat patuh kepada perintah Allah lebih daripada yang lain walaupun ia melibatkan nyawa dan kasih sayang ayah dan anak. Lalu Allah telah mengantikan tempat nabi Ismail dengan (Qibasy).


4) Ibadah qurban juga dilakukan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



Perkara Sunat Ketika Ibadah Qurban
1) Membaca Basmallah atau takbir
2) Selawat kepada nabi
3) Menyembelih pada waktu siang.
4) Memilih binatang yang gemuk dan sihat.
5) Disembelih oleh orang yang berqurban.
6) Binatang hendaklah dibaring di atas rusuk kiri dan mengadap kiblat.
7) Orang yang berqurban makan sebahagian daging qurban
8) Menggunakan alat sembelih yang tajam

Hikmah-hikmah Qurban
1) Melatih diri sangup berkorban pada perkara kebaikan.
2) Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
3) Tanda kesyukuran di atas nikmat pem berian Allah.
4) Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah
5) Mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ia boleh memupuk semangat pengorbanan terhadap diri dan masyarakat.
6) Menggembirakan fakir miskin untuk menikmati juadah daging korban.
7) Merapatkan hubungan silaturrahim yang erat di kalangan umat Islam





Pelbagai aktiviti menarik diadakan di majlis ini.. kita ikuti rentetan dr lensa jurukamera amatur KIAS...




Di meja pendaftaran utk mendapatkan kupon daging & Cabutan Bertuah.


























Sebanyak 3 ekor lembu dan seekor kerbau dikorbankan










Aktiviti melapah daging mendapat kerjasama dari penduduk kampung.













Rewang2.... sudah tentu dr kaum Hawa...dengan angin sepoi2 bahasa dr tepian laut...Nyamannya...

























Dalam cuaca yg cerah dan panas, pastinya Pondok Cendol mendapat sambutan yg menghangatkan....




Acara tarik tali kategori kanak2... Tarik dik... tarik..

Dalam keseronokan ada insiden yg tidak disangka terjadi, salah seorang
peserta tarik tali kakinya telah terkena sesuatu yg tajam. Sapu minyak but-but
insyaAllah akan reda kesakitannya.





Acara tarik tali utk kategori lelaki dewasa. Seronok la tu da menang... boleh laa geng dia beso2..











Acara memasukkan benang dalam jarum.. gigil tangan nk masukkan tu... nampak jer senang...




Tekunnyeeee....peserta yg mengambil bahagian utk menyulam. Kemenangan berpihak kpd..... DRUM please.... PJS Maslizar.... pewwwwitttt..










Ye.....saat yg ditunggu2.. nk dpt hadiah nie... nie la dia wajah2 ceria bg pemenang kategori masing2.
TAHNIAH!!!... yg x berape nk menang tahun depan tingkatkan usaha.. maybe turn u all la plak kn...






 Generasi pelapis yg sedang memartabatkan Produk Halal di mata dunia...

Alhamdulillah majlis ini berlangsung lancar dgn izin Allah. Akhir kata dari lidah pengarang semoga usaha murni sebegini akan ada kesinambungannya di masa hadapan.

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."




Category: 1 comments

1 comments:

kiaspg.blogspot.com said...

teruja sgt tgok aktiviti korban.umph... utk semua yg terlibat terutama pengarang blog ni......syabas

Post a Comment