BEKAM - Perawatan Alternatif HPA


FAKTA:

1) Bekam adalah teknik mengeluarkan sesuatu (darah atau tanpa darah) melalui permukaan kulit yang mengandungi keracunan (toksid) dalam tubuh badan.

2) Ia merupakan suatu amalan perubatan Rasulullah untuk menyembuhkan penyakit dan mengekalkan kesihatan atau mencegah penyakit.

3) Ini adalah salah satu cara DETOKSIFIKASI (Proses pengeluaran Toksid/racun)
yg sesuai dan selamat bagi manusia.


4) Bekam adalah satu kaedah yg sangat berkesan untuk menghilangkan kesakitan
dan memulihkan sistem imuniti tubuh.

5) Dengan berbekam dapat membersihkan darah yg mengalir dalam tubuh manusia.

6) Sebenarnya bekam adalah satu teknik yg boleh membangkitkan saraf2 yg tidak
aktif atau lemah yg b
erhubung terus pada sistem tubuh. Dengan cara ini, sistem
dalam tubuh dan imuniti kita akan dikembalikan.


7) TOKSID ~ adalah endapan atau pengumpulan kotoran di dalam kapilari darah
atau tisu yg tidak boleh diurai dan disingkirkan secara normal oleh tubuh.


Perawat (Pn.Nuur) mencari titik bekam iaitu di kedua urat leher pesakit









Kaedah rawatan untuk meredakan tekanan darah tinggi dgn segera iaitu mengeluarkan darah di tengah2 (atas) bahagian telinga dan juga dari ibu jari (tangan).






Kebaikan Berbekam
  • Membantu menghilangkan pening dan migrain.
  • Membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan sistem perkumuhan.
  • Membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam.
  • Membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.
  • Membantu mencegah kebas kaki dan membantu meredakan serangan angin ahmar.
  • Mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tersumbat.
  • Membantu meringankan tubuh. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit menyebabkan rasa berat dan malas.
  • Membantu menajamkan penglihatan. Peredaran darah ke mata yang tersumbat menyebabkan penglihatan kabur.



WAKTU BILA BAIK UNTUK BERBEKAM??
WAKTU-WAKTU UNTUK RAWATAN BEKAM (SILA AMBIL PERHATIAN!!!)

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda, "BARANGSIAPA BERBEKAM PADA TANGGAL 17,19 & 21 BULAN HIJRIAH MAKA ITU ADALAH HARI-HARI YANG MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT!">>> afdhal bila berbekam pada tarikh tersebut di bulan Islam.

Tetapi bila terdapat pengubatan yang dalam keadaan terdesak dan hanya dengan cara ini yang boleh dilakukan yakni dengan BERBEKAM maka ia tetap bermanfaat walau diawal bulan mahupun akhir bulan.

Menurut Ibnu Sina pulak didalam kitabnya bahawa saat yang baik untuk berbekam ialah pada pukul 2-3petang (lebih afdhal selepas solat zuhur) kerana darah pada saat itu sedang mengembang dan darah-darah kotor/toksid senang dikeluarkan. Sebelumnya boleh dilakukan 1/2jam badan diwapkan/sauna, bertanggas, diurut dan selepas rehat 15minit kemudian barulah boleh dibekam. 
 
Larangan Berbekam
Tidak semua orang boleh berbekam kerana dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan. Mereka termasuk yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pesakit kudis, perempuan mengandung dan ketika haid, masalah kulit yang serius atau dalam keadaan sangat letih, lapar dan kenyang.


TIDAK BOLEH DILAKUKAN SELEPAS BERBEKAM
1. Makan berat; contoh makan nasi boleh, tapi selepas 3 jam berbekam, makan ringan macam teh suam dan karipap tu oklah.

2. Mandi; selepas 3 jam berbekam barulah boleh mandi, boleh berwuduk dan bersolat kerana darah kotor takkan keluar, dan tempat yang dibekam tidak pedih, Insya Allah

3. Menghindari makanan terlalu masin, pedas dan masam

4. Berjimak - ditakuti teramat letih, nak bersama pun dinasihatkan  selepas
tiga hari berbekam..


Category: 0 comments

0 comments:

Post a Comment